JENIS-JENIS KECELARUAN PERSONALITI
ANTISOSIAL
~Tidak mengikut norma sosial dan selalu melakukan perkara yang meyalahi undang-undang
~Suka menipu, memutarbelitkan fakta dan berbohong untuk kepentingan diri sendiri
~Melakukan hal-hal yang tidak dirancang sebelumnya
~Sering marah, agresif, dan berkelahi
~Tidak mementingkan keselamatan orang lain
~Tidak bertanggungjawab dan tidak ada perasaan kesal
AVOIDANT (MENGELAK)
~Sering kali mengelak tugas yang diberikan kerana takut dikritik dan diketepikan
~Tidak suka bergaul kerana takut dimalukan atau diperkecilkan
~Selalu ada perasaan tidak mampu atau rendah diri
~Tidak mahu ambil risiko atau membuat aktiviti baru kerana takut gagal dan dipandang rendah
~Sukar untuk membuat keputusan dalam urusan seharian
~Timbul rasa ketakutan yang tidak munasabah apabila terpaksa berdikari
BORDERLINE
~Selalu berusaha untuk menghilangkan perasaan ditinggalkan atau keadaan diabaikan
~Sukar untuk mengadakan suatu hubungan sosial yang stabil
~Terdapat gangguan /kecelaruan identiti
~Sering meluahkan ancaman bunuh diri atau mencederakan diri sendiri
~Merasakan bahawa kehidupannya kosong dan sukar menangani perasaan marah
DIAGNOSA
~Diagnosa kecelaruan personaliti hanya dilakukan jika personaliti itu mengganggu fungsi sosial atau pekerjaan individu itu. Setiap individu akan mempunyai suatu personaliti tertentu dan biasanya personaliti ini mempunyai campuran dengan pelbagai personaliti lain. Misalnya seseorang itu boleh bersifat obsessif, sekaligus mereka juga suka mengelak daripada tugas atau selalu bersikap syak wasangka.
HISTRIONIK
~Selalu inginkan perhatian orang lain
~Emosi yang sering berubah-ubah dalam jangka waktu yang singkat
Menggunakan penampilan fizikal untuk menarik perhatian orang lain
~Suka membesarkan hal yang remeh-temeh
~Mudah dipengaruhi oleh kata-kata atau pendapat orang lain
NASISISTIK
~Suka membanggakan diri sendiri
~Selalu berfikir tentang kejayaan, khayalan, kecantikan, dan kekuasaan
~Percaya bahawa dirinya unik dan tergolong dalam masyarakat kelas atasan
~Amat suka mendapat pujian yang berlebihan
~Suka mengambil kesempatan atas orang lain
~Kurang empati (daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain)
~Suka cemburu atau dengki dengan kejayaan orang lain
~Perasaan bongkak dan suka memandang rendah atas orang lain
OBSESSIF-KOMPULSIF
~Inginkan kesempurnaan dalam segala urusan sehingga menyusahkan orang lain
~Pengabdian yang berlebihan pada tugas-tugasnya
~Sangat sensitif dan tidak mahu bertolak ansur dengan hal-hal yang berkaitan moral dan nilai-nilai sosiobudaya
~Tidak yakin dengan kemampuan orang lain
~Bersikap degil dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain
PARANOID
~Selalu berperasaan syak wasangka
~Sangat sensitif dengan kritikan dan serig bertindak agresif
~Selalu berfikiran buruk terhadap orang lain
~Tidak menyenangi hubungan sosial yang rapat
~Lebih menyukai kegiatan yang bersendirian
PSIKOTERAPI
~Psikoterapi meliputi member sokongan moral dan melahirkan kepercayaan antara kakitangan dengan pesakit. Psikoterapi secara berkelompok digunakan bagi menimbulkan kesedaran individu tentang kesan tingkah lakunya pada orang lain dengan harapan pesakit akan menukar pola tingkah lakunya. Terdapat juga program serta terapi lain seperti Behavior Therapy atau Cognitive Behavior Therapy yang boleh digunakan untuk mengubah pola tingkah laku dan cara berfikir seseorang individu itu.
SCHIZOTYPAL
~Kepercayaan pada hal-hal yang karut, khayalan, atau kuasa-kuasa ghaib yang menyimpang
~Pemikiran dan pendapat yang kurang jelas dan ganjil
~Sering kali bersikap syak wasangka
~Penampilan ganjil dan tidak sesuai dengan keadaan
~Kurang bergaul
No comments:
Post a Comment